Sistem Pengurusan Bersepadu MAINPP (MIMS)

MIMS menawarkan penyelesaian teknologi moden untuk memudahkan pengurusan masjid dan kariah, memberikan kemudahan yang lebih baik kepada semua pihak yang terlibat.

Sistem Pengurusan Bersepadu MAINPP

Mims ada singkatan kepada Sistem Pengurusan Bersepadu MAINPP yang dibangunkan khusus untuk memudahkan pihak pengurusan masjid dan juga ahli kariah setempat. Pembangunan MIMS ini merupakan satu inovasi dan inisiatif pihak syarikat dalam membantu pihak masjid dalam menguruskan segala hal berkaitan pentadbiran dan pengurusan kariah setempat sehinggalah kepada pengurusan masjid. Modul yang dibangunkan ini sesuai dengan kepengunaan sesebuah institusi masjid itu sendiri.
Di era teknologi yang semakin maju ke hadapan ini, sistem pengurusan amat penting untuk sesebuah organisasi pentadbiran miliki kerana ia bukan sahaja dapat memantau keseluruhan urusan pentadbiran malah dapat menjadikan masjid sebagai sebuah institusi yang penting dalam kariah untuk berhubung. Oleh itu, pembangunkan modul-modul berkaitan pengurusan masjid dibangunkan berdasarkan permasalahan yang berlaku dalam organisasi masjid setelah menjalankan kaji selidik pada 8 buah masjid di daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang pada September 2018.
Oleh itu, pihak MAINPP rasa bertanggungjawab dalam menjayakan sistem ini bagi memperkasakan institusi masjid sebagai peranan utama dalam masyarakat umat islam khususnya di Pulau Pinang.

Objektif

  • Menjadi sistem utama setiap masjid dalam mengurus dan mentadbir masjid serta kariah
  • Membantu menyelesaikan masalah data kariah
  • Memperkasa peranan institusi masjid dalam masyarakat
  • Menjadikan sistem yang mesra pengguna untuk diguna pakai oleh semua peringkat umur
  • Memudahkan dan mempercepatkan proses pengumpulan data maklumat kariah setempat
  • Memudahkan interaksi antara ahli kariah dan juga pihak masjid
  • Memudahkan pihak pentadbir menguruskan data dimana sahaja tanpa perlu menunggu
  • Membuka peluang pekerjaan dan ekonomi kepada anak kariah

VISI

Ke arah merevolusikan Institusi Masjid dengan Teknologi 4.0

Kelompok Sasaran

Pihak Pentadbiran Masjid dan Jabatan Agama Islam
(Bahagian Pengimrahan Masjid dan Surau)

Kelompok Sasaran

Pihak Pentadbiran Masjid dan Jabatan Agama Islam
(Bahagian Pengimrahan Masjid dan Surau)

Kelebihan Sistem Pengurusan Bersepadu MAINPP

Modul
Pembangunan

Setiap modul yang dibangunkan di buat berdasarkan permasalahan yang terdapat dalam pengurusan setiap masjid dan di tambah baik dari masa ke masa mengikut keperluan

Selenggara
Sistem

Pihak masjid tidak perlu bimbang tentang selenggara sistem dimana pihak MAINPP akan memantau sepenuhnya platform mengikut jadual yang ditetapkan

Data Maklumat
Kariah

Teknologi revolusi 4.0 MIMS mampu mendapatkan data kariah tanpa mengunakan kaedah yang lapuk

Aplikasi Penang
Smart Kariah

Dibangunkan bersama sistem aplikasi mudah alih bagi memudahkan proses hebahan serta maklumat kariah di perolehi