PENGENALAN MASJIDPRO PENANG

MasjidPro Penang merupakan sebuah perisian yang dibangunkan khusus untuk pihak pengurusan masjid dan juga ahli kariah setempat. Pembangunan Sistem Pengurusan MasjidPro Penang ini merupakan satu inovasi dan inisiatif pihak syarikat dalam membantu pihak masjid dalam menguruskan segala hal berkaitan pentadbiran dan pengurusan kariah setempat sehinggalah kepada pengurusan masjid. Modul yang dibangunkan ini sesuai dengan kepengunaan sesebuah institusi masjid itu sendiri.

Di era teknologi yang semakin maju ke hadapan ini, sistem pengurusan amat penting untuk sesebuah organisasi pentadbiran miliki kerana ia bukan sahaja dapat memantau keseluruhan urusan pentadbiran malah dapat menjadikan masjid sebagai sebuah institusi yang penting dalam kariah untuk berhubung. Oleh itu, pembangunkan modul-modul berkaitan pengurusan masjid dibangunkan berdasarkan permasalahan yang berlaku dalam organisasi masjid setelah pihak syarikat menjalankan kaji selidik pada 8 buah masjid di daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang pada September 2018.

Oleh itu, pihak syarikat rasa bertanggungjawab dalam menjayakan sistem ini bagi memperkasakan institusi masjid sebagai peranan utama dalam masyarakat umat islam khususnya di Malaysia.

OBJEKTIF MASJIDPRO PENANG

  • Menjadi sistem utama setiap masjid dalam mengurus dan mentadbir masjid serta kariah
  • Membantu menyelesaikan masalah data kariah
  • Memperkasa peranan institusi masjid dalam masyarakat
  • Menjadikan sistem yang mesra pengguna untuk diguna pakai oleh semua peringkat umur
  • Memudahkan dan mempercepatkan proses pengumpulan data maklumat kariah setempat
  • Memudahkan interaksi antara ahli kariah dan juga pihak masjid
  • Memudahkan pihak pentadbir menguruskan data dimana sahaja tanpa perlu menunggu
  • Membuka peluang pekerjaan dan ekonomi kepada anak kariah

VISI

Ke arah merevolusikan Institusi Masjid dengan Teknologi 4.0

Kelompok Sasaran

Pihak Pentadbiran Masjid dan Jabatan Agama Islam (Bahagiann Pengimrahan Masjid dan Surau)

Kenapa MasjidPro Menjadi Pilihan

Modul Pembangunan
Setiap modul yang dibangunkan dalam MasjidPro Penang  di buat berdasarkan permasalahan yang terdapat dalam pengurusan setiap masjid dan di tambah baik dari masa ke masa mengikut keperluan

Selenggara Sistem
Pihak masjid tidak perlu bimbang tentang selenggara sistem dimana pihak syarikat akan memantau serta membuat selenggara platform mengikut jadual yang ditetapkan

Bantuan Sokongan 12/7
Sekiranya pihak masjid memerlukan sebarang bantuan, pihak syarikat sedia membantu dengan sebarang pertanyaan dan sokongan 12 jam sehari dam tempoh 7 hari seminggu secara atas talian yang disediakan

Data Maklumat Kariah
Teknologi revolusi 4.0 MasjidPro Penang mampu mendapatkan data kariah tanpa mengunakan kaedah yang lapuk


Aplikasi MasjidPro
Dibangunkan bersama sistem aplikasi mudah alih bagi memudahkan proses hebahan serta maklumat kariah di perolehi 



Website MasjidPro
Bersesuaian dengan era teknologi revolusi 4.0, MasjidPro Penang  turut menyediakan platform laman sesawang(Website) setiap masjid bagi memudahkan aktiviti dapat di buat